Mengenai Plat Patriot

patriot

 

Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPNM) telah ditubuhkan pada 12 April 2013 dengan objektif untuk menyemai semangat patriotisme dan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia. Bagi membolehkan objektif ini tercapai, YPNM telah diberi kelulusan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia untuk menjual plat khas siri PATRIOT.

Hasil dari keuntungan penjualan plat ini, YPNM akan melaksanakan aktiviti dan program yang telah dirancang. YPNM akan menjalankan program dan aktiviti yang memupuk semangat patriotisme dan menyatupadukan masyarakat berbilang agama dan kaum di Malaysia.

Dengan wujudnya semangat patriotisme dan perpaduan dikalangan masyarakat, YPNM pasti Malaysia bakal menjadi sebuah Negara yang lebih aman dan damai. Kami yakin usaha ini akan mendapat sokongan seluruh rakyat Malaysia. Individu atau organisasi yang terlibat dalam penjualan atau pembelian plat PATRIOT secara tidak langsung menyokong segala usaha YPNM dalam mencapai objektifnya.

Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Dapatkan segera plat PATRIOT dan sertai kami sebagai sukarelawan YPNM.