E-Wallet

patriot

 

E-Wallet adalah sebuah akaun digital yang membolehkan anda membuat transaksi secara online. Setelah anda mendaftar sebagai ahli sukarelawan YPNM, anda akan diberikan sebuah akaun E-Wallet.

Segala kaedah transaksi E-Wallet di laman web YPNM adalah sulit dan selamat. E-Wallet ini boleh digunakan untuk membuat bidaan dan pembelian plat PATRIOT, anda juga boleh melihat jumlah deposit, baki akaun dan transaksi yang sedang / telah dijalankan. Jumlah deposit diterima akan dikreditkan ke E-Wallet anda setelah YPNM mengesahkan penerimaan deposit. (Sila kemukakan bukti bayaran yang dibuat kepada YPNM).

Untuk membida, E-Wallet anda harus mempunyai nilai tidak kurang 20% dari jumlah bidaan yang anda tawarkan. (Sebagai contoh: jika tawaran bidaan RM1000, deposit RM200 perlu ada dalam E-Wallet).

Jika bidaan anda diatasi oleh pembida lain, deposit 20% tersebut akan dikreditkan secara automatik ke E-Wallet anda. Jumlah dalam E-Wallet boleh dituntut (ditunaikan) pada bila-bila masa, YPNM memerlukan tempoh 48 jam bagi memproses permohonan dan jumlah tersebut akan dikembalikan ke akaun bank yang telah anda daftarkan semasa pendaftaran akaun sukarelawan YPNM.