Syarat Tawaran

  1. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia serta organisasi yang layak untuk mendaftar kenderaan.
  2. Menjadi ahli sukarelawan Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPNM). Daftar di plat.patriot.org.my
  3. Setiap permohonan perlu menggunakan alamat surat-menyurat semasa.
  4. Permohonan yang tidak lengkap akan terbatal secara automatik.
  5. Pembida boleh membida seberapa banyak no plat PATRIOT yang dikehendaki.
  6. Pembida boleh membida bagi pihak ketiga. Selepas memenangi bidaan, pemenang akan dikehendaki membekalkan maklumat pemilik dalam tempoh 7 hari kepada YPNM bagi tujuan pengeluaran surat kelulusan untuk pendaftaran kenderaan di JPJ.
  7. Plat PATRIOT ditawar berdasarkan sistem bidaan yang menetapkan harga minima bagi setiap nombor plat. Pembida yang tertinggi layak untuk memiliki plat tersebut.
  8. Setiap bidaan hanya boleh diatasi dengan nilai minima gandaan RM100.
  9. Untuk membida, deposit adalah 20% dari harga tawaran bidaan. (Contoh: Tawaran Bidaan RM2100 X 20% = Deposit RM420 diperlukan)
  10. Pembida yang memenangi bidaan plat PATRIOT perlu membuat bayaran penuh kepada YPNM dalam tempoh 14 hari, kegagalan berbuat demikian boleh mengakibatkan hak pembida terbatal secara automatik tanpa sebarang notis manakala deposit tidak akan dikembalikan sebagai ganti rugi kepada YPNM. Plat tersebut akan dibuka semula untuk bidaan selepas tempoh 7 hari waktu tenggang.
  11. Deposit pembida yang tidak berjaya akan dikembalikan secara automatik ke dalam akauan E-Wallet pembida.
  12. Deposit pembida yang berjaya tidak akan dikembalikan sekiranya pembida membatalkan bidaan. Ini akan dibuat tanpa sebarang notis.
  13. Jumlah dalam E-Wallet boleh dituntut (ditunaikan) pada bila-bila masa, YPNM memerlukan tempoh 48 jam bagi memproses permohonan.
  14. Pemilik plat PATRIOT (individu / organisasi) hanya boleh mendaftarkan plat pada kenderaan atas nama pemilik sahaja. Penukaran pemilikan (sebelum pendaftaran di JPJ) tertakluk kepada kelulusan YPNM berserta caj RM100.
  15. Harga khas dengan diskaun 10% diberi kepada anggota keselamatan awam (masih bertugas atau bersara). Pemilikan plat tersebut tidak boleh dipindah milik.
  16. Pendaftaran plat PATRIOT pada kenderaan hanya boleh dibuat di Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) cawangan Wangsa Maju.
  17. Pemilik harus mendaftarkan plat PATRIOT 3 bulan dari tarikh surat kelulusan dikeluarkan.
  18. Bagi Surat tawaran yang dikeluarkan selepas 30 September 2016, sila pastikan pendaftaran dibuat sebelum atau pada 31 Disember 2016.
  19. Kegagalan mendaftar plat sebelum tarikh yang dinyatakan akan mengakibatkan pemilikan nombor plat terbatal. Tiada sebarang bayaran akan dikembalikan. Rayuan boleh dikemukakan tetapi tertakluk kepada kelulusan pihak YPNM atau JPJ berserta caj.
  20. YPNM mempunyai budi bicara mutlak untuk membatalkan sebarang bidaan pada bila-bila masa selagi nombor plat tersebut belum didaftarkan di JPJ. YPNM juga berhak tidak membuka bidaan mana-mana plat PATRIOT yang telah dikhas dan dikecualikan.
  21. Sila pastikan laman web bidaan semasa anda di kemas kini dengan mengklik butang ‘refresh’ atau ‘f5’ bagi memaparkan perkembangan bidaan semasa anda.
  22. Tempoh bidaan semasa mungkin berbeza-beza sehingga 6 minit bergantung kepada kelajuan internet, system operasi, dan jenis peranti. Kegagalan untuk mengemas kini halaman web boleh mengakibatkan bidaan anda tidak dipaparkan disebabkan oleh kesalahan teknikal.
  23. Untuk mengelakkan masalah teknikal di atas, pembida dinasihatkan agar sentiasa mengemas kini penutupan bidaan sehingga tempoh bidaan semasa itu telah tamat. Pembida juga dinasihatkan supaya tidak menunggu sehingga saat-saat akhir untuk meletakkan bidaan.
  24. YPNM tidak bertanggungjawab ke atas kegagalan pembida untuk memenangi tawaran disebabkan oleh sebarang kesalahan yang telah dinyatakan dan bukan berpunca daripada kecuaian YPNM.
  25. YPNM berhak untuk meminda atau menambah sebarang syarat tawaran pada bila-bila masa tanpa persetujuan mana-mana pihak.
  26. Syarat-syarat JPJ dan agensi berkaitan juga terpakai dalam urusan ini sila layari plat.patriot.org.my atau hubungi Hotline Plat Patriot di 019-447 5555

 

Untuk pertanyaan dan maklumat tambahan,

Pejabat Sekretariat Plat Patriot:

No. 70X, Jalan Keramat Hujung,
54000 Kuala Lumpur.

No Tel:

019-447 5555