Langkah Bidaan

Infographic

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMBIDA PLAT PATRIOT


Langkah 1 - Mendaftar Sebagai Sukarelawan YPNM

Pastikan anda mendaftar sebagai ahli sukarelawan YPNM menerusi Daftar Ahli. Yuran RM20 akan dikenakan.

Langkah 2 - Pengesahan Melalui Emel

YPNM akan menghantar emel pengesahan ke alamat emel yang didaftarkan. Sila klik pada pautan yang disediakan bagi menyempurnakan proses pendaftaran.

Langkah 3 - Deposit Bagi Pembidaan

Bagi membida, anda perlu memasukkan deposit ke akaun bank YPNM CIMB 8602193265. Deposit yang telah disahkan akan dikreditkan ke E-Wallet anda.

Langkah 4 - Pengesahan Deposit Bank

Anda harus mengemukakan bukti pembayaran kepada YPNM. Bukti boleh dikemukan dengan cara:

  1. Menghantar slip bayaran kepada info@patriot.org.my atau
  2. Kemukakan lampiran bayaran di laman Hubungi Kami atau
  3. Hubungi talian 019-447 5555

Langkah 5 - Bidaan Plat Patriot

Anda boleh mula membida plat PATRIOT yang dikehendaki. Deposit 20% dari jumlah bidaan diperlukan bagi setiap plat PATRIOT yang dikehendaki. Jika bidaan anda diatasi oleh pembida lain, deposit 20% tersebut akan dikreditkan secara automatik ke akaun E-Wallet anda

Langkah 6 - Semak Status Bidaan

Status bidaan anda boleh disemak / dipantau melalui pilihan Bidaan Saya. Tempoh bidaan bagi plat PATRIOT kategori Perdana, Platinum, Emas, Perak dan Gangsa adalah 30 hari, manakala Premium adalah 15 hari. Tempoh bidaan tersebut bermula dari bidaan pertama dibuat.

Langkah 7 - Pembayaran Penuh

Sekiranya bidaan anda berjaya, pihak YPNM akan menghubungi anda untuk menyelesaikan baki bayaran dalam tempoh 14 hari. Jika YPNM tidak menerima baki bayaran setelah tempoh 14 hari, bidaan anda akan terbatal dan deposit anda tidak akan dikembalikan manakala nombor plat PATRIOT tersebut akan dibuka semula untuk bidaan.

Langkah 8 - Maklumat Penuh Bagi Pendaftaran

Setelah YPNM menerima bayaran penuh, anda dikehendaki melengkapkan borang pendaftaran plat PATRIOT di pilihan Bidaan Saya > Daftar Plat untuk tujuan pendaftaran kenderaan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). YPNM akan menghantar Surat Kelulusan & Resit Rasmi kepada alamat yang telah dikemukakan melalui pos. Sila kemukakan Surat Kelulusan & Resit Rasmi semasa pendaftaran kenderaan di JPJ.